Jumaat, 27 Ogos 2010

PUNCA..!!! Di Sebalik Kebejatan Sosial ini.....

Rakan merupakan salah satu aset yang mempengaruhi perkembangan remaja. Oleh itu, tidak hairanlah pengaruh daripada rakan sebaya merupakan punca yang menyebabkan kes pembuangan bayi berlaku.Pada peringkat usia muda,golongan remaja lebih cenderung dipengaruhi oleh rakan sebaya dan hal ini bertambah parah jika mereka bergaul dengan rakan yang negatif. Secara tidak langsung, rakan sedemikian akan mengajak dan mempengaruhi mereka melakukan perkara di luar batasan agama dan norma masyarakat. Tamsilnya, pergi ke pusat hiburan seperti disko, terlibat dalam kancah penyalahgunaan dadah dan melakukan pergaulan bebas. Remaja yang terjerumus dalam kehidupan negatif tersebut akan melakukan hubungan seks rambang dan akhirnya menemui jalan buntu apabila di dapati mengandung. Dalam keadaan terdesak, tanpa berfikir panjang, bayi yang tidak bersalah itu akan dibuang tanpa belas kasihan.

Kes pembuangan bayi dalam kalangan remaja salah satunya adalah berpunca daripada sikap masyarakat yang suka mengkritik dan menghukun remaja yang terlanjur, mengandung dan melahirkan anak luar nikah. Tidak dapat dinafikan, sudah pasti masyarakat setempat akan menghina, mencaci dan memandang rendah kepada remaja perempuan yang melahirkan anak luar nikah. Secara tidak langsung, hal demikian akan menyebabkan remaja perempuan terbabit dianggap menjatuhkan maruah keluarganya. Tanpa berfikir secara rasional, demi menjaga imej diri dan keluarga,remaja tersebut akan mengambil jalan singkat dengan membuangkan bayi yang tidak berdosa itu agar tidak dipandang jijik oleh masyarakat.


Disediakan oleh: SITI ZULAIKHA BT HASAN
Nombor matrik: 199585

1 ulasan:

  1. Pada pandangan saya, punca lain yang menyebabkan tragedi ini berlaku adalah sikap remaja yang ingin tahu tentang seks telah menyebabkan mereka menjalinkan hubungan seks yang pertama kali. Mereka tidak tahu implikasi yang bakal mereka hadapi selapas menjalinkan hubungan seks.

    BalasPadam