Fish

Jumaat, 27 Ogos 2010

Statistik Pembuangan Bayi


Masalah pembuangan bayi di Malaysia kian menjadi, kita sering terbaca berita tentang pembuangan bayi dalam surat khabar dan media - media yang lain. Beberapa kajian yang dilakukan di Malaysia menunjukkan 27 peratus daripada remaja kita hari ini mengadakan hubungan seks luar nikah. Majlis HEWI PKPIM juga melihat senario pembuangan bayi yang berlaku sejak akhir-akhir ini sangat kritikal dan perlu ditangani habishabisan oleh semua pihak. 

Pada tahun 2006, sebanyak 83 kes telah dicatatkan di seluruh negara berbanding 65 kes pada 2000. Sepanjang tempoh 2000 hingga 2006, sejumlah 580 pembuangan bayi telah dicatatkan dengan 48 daripadanya masih merupakan janin. Apa yang lebih membimbangkan lagi ialah pembuangan bayi turut menular di institusi pengajian tinggi (IPT). Perangkaan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman merekodkan 580 kes buang bayi dari 2000 hingga tahun lalu, dengan Selangor dan Johor mencatat kes paling tinggi. Pada 2000, 65 kes dicatatkan di seluruh negara, 2001 (97 kes), 2002 (98 kes), 2003 (92kes), 2004 (78 kes), 2005 (67 kes) dan 2006 (83 kes). Tahun lalu sahaja, daripada 83 kes di seluruh negara, Selangor mencatatkan 24 kes, Johor (21 kes), Sarawak (12 kes), Sabah (11 kes), Kedah, Negeri Sembilan dan Pahang (masing-masing tiga kes), Perak dan Melaka (dua kes) serta Kelantan dan Terengganu (satu kes). Statistik sama turut mencatatkan usia bayi yang dibuang membabitkan dua kategori, iaitu janin dan baru lahir. Untuk janin, 48 kes dilaporkan dalam tempoh 2000 hingga 2006, manakala baru lahir pula 532 kes.

Gejala buang bayi adalah bukti yang paling nyata bahawa masyarakat kita sedang dilanda oleh masalah keruntuhan moral yang serius. Kebejatan sosial yang sedang berlaku itu menandakan bahawa masyarakat kita sedang sakit. Sekaligus menunjukkan betapa proses pembangunan yang dilaksanakan dalam negara kita berada pada kedudukan yang tidak seimbang.


Disediakan oleh : LEOW SZE YANG
Nombor matrik  : 204872

4 ulasan:

  1. Mempunyai data yang terliti, bagus...

    BalasPadam
  2. wawa~~~~~~statistik yang baik~~~~~~~~~~ini menunjukkan ketidakstabilan kadar pembuangan bayi di Malaysia~~~~~~~

    BalasPadam
  3. Berdasarkan graf di atas nampaknya jumlah kes pembuangan bayi meningkat semula pada tahun 2006. Masyarakat kini harus sedar bahawa masalah ini semakin serius dan selalu memperingatkan diri supaya tidak melalukan perbuatan seperti ini. Bayi yang baru lahir adalah tidak berdosa tetapi ibunya tergamak membuangkan bayi tersebut tanpa menghirau hidup matinya.

    BalasPadam
  4. Hi! Can u tell me how and where u collect the baby dumping data? Because i need the data for my FYP.. Thanks..

    BalasPadam