Jumaat, 27 Ogos 2010

SENARIO PEMBUANGAN BAYI...APAKAH DOSA BAYI INI??

Kisah bayi malang ini dipaparkan diruangan akhbar utusan pada 6 Februari 2007. Kejadian berlaku di Seremban bertarikh 5 Februari. Bayi tersebut ditemui terdampar di Flat Lobak, dengan kepala dan hidung yang masih berlumuran darah serta tali pusat yang masih terlekat dan dipercayai meninggal dunia dalam tempoh lebih 24 jam di satu lokasi lain. 

             Bayi tersebut sebenarnya ingin dibuang di kawasan tong sampah tetapi bayi yang tidak berdosa tersebut hanya ditinggalkan di kawasan semak tersebut selepas insan yang tidak bertanggungjawab tersebut melihat orang ramai lalu di kawasan tersebut. Mayat bayi malang yang ditinggalkan di kawasan semak itu ditemui penduduk kira-kira pukul 11.45 pagi. Bayi tersebut sudah meninggal lebih dari 24 jam kerana keadaan mayat bayi tersebut yang sudah mempunyai kesan biru pada kaki. Selain itu, bayi tersebut disyaki berketurunan Cina. 

            Sementara itu, suasana hiba dan pilu jelas terbayang pada wajah orang ramai yang menyaksikan bayi berkenaan ketika mayatnya diangkat oleh anggota polis, malahan ada yang mengalirkan air mata melihat kekejaman yang dilakukan oleh manusia tidak bertanggungjawab itu. Mereka berkata, ini bukan kerja manusia tetapi manusia yang bertopeng ‘binatang’. Gan Xie Hua, berusia 50-an yang mula-mula menemui mayat bayi berkenaan berkata, dia terkejut dengan kejadian ini dan sebaik terlihat objek di atas rumput belakang flat berkenaan, hatinya sudah tergerak apa yang dilihat itu memang seorang bayi yang telah dibuang. “Apabila saya menghampirinya, saya menggigil dan ia mayat bayi lelaki yang cukup sifat. Saya bergegas ke rumah seorang jiran dan memberitahunya. Apabila saya menjelaskan kepadanya, dia tidak percaya. “Tetapi selepas menghampiri mayat itu, dia percaya itu adalah bayi lelaki yang sudah meninggal dunia. Kami terus menghubungi polis,” katanya. 

Disediakan oleh: SUZANA BINTI MOHD JAMIL
Nombor matrik:  198878

2 ulasan:

  1. adakah manusia sekarang memang sudah tidak punya akal fikiran..bayi yang masih bernyawa dibiarkan keseorangan dalam kesejukan dan kesakitan...apakah yang patut dilakukan pada manusia yang berhati binatang buas ini..?.

    BalasPadam
  2. sifat ibu sudah hilang dari hati wanita zaman milenium ini, keseronokan yang sementara mengundang masalah yang lebih kronik, malah menjadi epidemik dalam kalangan masyarakat, punca sudahpun kita ketahui,pelbagai alte rnatif cuba dilaksanakan, namun bagaikan tiada kesan, mungkin kurang kesedaran.

    BalasPadam